tulun mnulun amalan kite =D

28 May 2010

fakta makanan plak... =)

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen iaitu suatu keadaan yang menyebabkan barah. Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Asparagus berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud 'tunas' atau 'pucuk'. Sayuran ini kaya dengan Vitamin A dan C, zat besi, kalsium, sodium, potasium, fosforus dan niasin. Khasiat sayuran ini ialah dapat membuang sisa toksik dari badan, merawat eczema dan ruam serta meredakan tekanan mental. Asparagus juga mengandungi asik folik yang berkhasiat kepada wanita hamil daripada mengalami keguguran peringkat awal, kecacatan otak bayi, dan penyakit syndrome down.

3. Cara pemilihan bahan mentah:-

* Ikan Segar : kulit masih berkilat, cerah, tidak berlendir tebal, insang berwarna merah cerah, mata jernih bercahaya dan tidak terbenam, isi pejal dan tidak berbau busuk.
* Daging Segar : berwarna merah cerah, tidak berlemak, tidak berlendir, tidak berbau busuk.
* Ayam Segar : kulit berwarna cerah dan tidak lebam, tidak berlendir dan berbau busuk, isi pejal dan anjal, tidak banyak lemak.
* Udang Segar : kulit berwarna cerah dan bersinar, kepala tidak tertanggal, isi pejal dan anjal, tidak berbau busuk.
* Sayur Segar : tidak layu dan kering, tidak berubah warna atau busuk.

4. Kandungan Nutrien

Bagi mengekalkan kandungan nutrien dalam buah dan sayuran, beberapa panduan berikut boleh digunakan:-

* Cuci dahulu buah dan sayuran yang ingin digunakan sebelum dipotong
* Elakkan daripada merendam buah dan sayuran selepas dipotong
* Elakkan memasak terlalu lama untuk mengekalkan tekstur dan warna sayur-sayuran.
* Ketika memasak, masukkan bahagian yang keras terlebih dahulu.
* Tutup kuali atau periuk apabila memasak sayuran untuk mengelakkan kehilangan
vitamin.

No comments:

antare yg menarik!

Related Posts with Thumbnails